Monday, 27 March 2017

Sayangi Anak Pintar Cerdas..

Aku ada anak lelaki. Nama penuh Muhammad Adam Zuhayr

tapi nak senang aku panggil Adam je.. Lagi 3 tahun Adam nak masuk tadika.






Dari lahir sampai sekarang Adam membesar dengan baik. Tipulah kalau aku cakap kat sini yang Adam tak pernah sakit atau demam. Dah memang adat berkeluarga dan beranak kecil ni memang kena fahamla karenah anak sendiri kan...?


Tapi apapun, mungkin sebab aku ada ikut saranan seorang kawan sekerja. Sebab dia sendiri yang beli dan apply ilmu dalam buku yang dibelinya. Katanya kalau nak ANAK PINTAR memangla kena doa banyak2 tapi ade tak salah kalau nak letak extramiles...kn?


Puas aku tanya tajuk buku sebab kawan aku ni jenis pendiam sket. Sampai rasa nak naik penampar jugak kat muka dia la....huhuh...


lastly dia bagitau jugak..katanye kena beli cara online:


- > Tajuk Buku – Anak Pintar Cerdas



Aku pon ape lagi time rehat terus google dan beli. Dan ternyata buku ini sangat membantu...alhamdulillah.



Kesimpulan:


Kepada pembaca diluar sana, nasihat aku kita harus menambah ilmu bukan setakat untuk kerja tapi untuk kehidupan seharian. Mari kita sama-sama menambah ilmu sebab Allah SWT memandang tinggi kepada insan berilmu. :)

Thursday, 19 January 2017

'Mimpi Ngeri' Ditempat Kerja


Hari ini aku nak sembang satu kisah benar yang terjadi ditempat kerja aku tanggal 19 Januari 2017. Tarikh ini aku rasakan sangat memberi kesan mendalam kepada jiwa dan perasaan sebagai seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Telco XXXXXXXXX. Maka bolehlah aku simpulkan ianya suatu mimpi ngeri ditempat kerja.



Kisah bermula apabila department kami diberitahu sejak awal pagi lagi akan ada pelanggan mengalami gangguan panggilan masuk dari semua nombor disebabkan kerja-kerja baikpulih sistem server. Dan perkara ini dijangka dapat dipulihkan selewat-lewatnya petang hari yang sama.

Seperti dijangka, aku menerima sejumlah panggilan masuk yang luar biasa banyaknya. Biasanya aku bercakap dalam tempoh 5-7 minit untuk seorang  pelanggan mengenai masalah yang dihadapi dan skrip yang sepatutnya diberitahu sudah aku jelaskan sejelas-jelasnya kepada setiap pelanggan sampai la diorang paham.

Diperingkat awal pelanggan masih dapat menerima situasi ini.

Salah satu call yang aku terima ialah mengenai kesukaran seorang doktor lelaki untuk menjalankan tugas membantu pesakit. Doktor ini menyatakan dia terputus hubungan dengan keluarga pesakit dan staf hospital yang lain disebabkan masalah teknikal ni...dia merayu sangat untuk cepat selesaikan masalah panggilan masuk ni sebab waktu itu ada pesakit yang tersangat perlukan bantuan. Mula dari sini la hati aku tersentuh..

Lepas doktor lelaki tu hang up, call baru terus masuk macam kilat. Kaget aku waktu tu sebab xda intro salam ke ape ke terus dimaki kaw-kaw punye ngn pelanggan yang entah ke berapa waktu tu....

"I'M DOING A BUSINESS RIGHT NOW, WHY THE HELL ALL NUMBER CAN'T GET THROUGH? ARE U GOING TO PAY MY LOSS TODAY? ANSWER ME!" amek ko...boleh jawab??

Maka terketar la bibir aku nk jwb soalan maut pelanggan ni..dah tentu dia hang up jugak...

Tengah2 jawab call, Team Leader kami jerit kuat2 yang masalah ni akan berlanjutan sampai keesokan harinya.. Oh MY GOD!!

.........

Hari dah petang..waktu yang dijanjikan dah berlalu tapi aku tetap terima call yang macam xnak berenti...

"Hello bang, tadi pagi u orang janji petang ni nak settle masalah...la ni awat makin teruk ni? Data tepon saya xle pakai nih pasai apaaaa??!! 

" Telefon apa encik?"


"Iphone "


" Sebelum ni apa yang diberitahu rakan sekerja saya encik?"


"Depa cakap suruh tunggu dan sabar...dah sabar jadi macam ni plak kenapa??? wei cukup-cukupla nak susahkan orang..aku bayar bukan nak dapat susah tau..hadooiiii!!"


" Macam ni la encik, saya nak encik restart telefon lepas panggilan ni boleh?"


" Dah berpuluh kali aku restart la!!" Ttooooooootttt........... dia hang up..


.................

....call terus masuk tanpa kenal penat...


Aku gagahkan hati untuk kerja untuk waktu yang berbaki 3 minit.....

Tepat jam 6.30 kat skrin pc aku terus logout...

siap-siap nak balik...

kepala berdenyut dan pening...

hati terasa sakit dan sedih.....


Sekian saja...itulah dia mimpi ngeri ditempat kerja...terima kasih sbb baca...

Wednesday, 11 January 2017

Tips Mengawal Penggunaan Data Internet Pada Smartphone


'EH, KENAPA LOADING JE INTERNET NI? DATA DAH HABIS KE?
YES! Semua pengguna Smartphone pasti tertanya-tanya apa dah jadi dengan surfing Internet? Siap ada diantara kita yang mengeluh kerana menerima notifikasi sms menyatakan data langganan dah hampir habis digunakan padahal baru saja melanggan data baru..siapa tak terkejut kan? Siap menuduh telefon tu telan data ke ape? Sudah tentu anda tertanya-tanya apakah tips untuk kawal data internet, bukan? Kenapa data cepat habis? hahaahahaha...
Jadi saya akan berkongsi beberapa tips mengawal penggunaan data internet pada smartphone anda. Semoga bermanfaat.



Iphone:
Untuk iOS 10 keatas, pergi ke SETTING dan matikan beberapa butang seperti berikut:
1) CELLULAR:
a) Wi-fi Assist
b) Use Cellular Data For:
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.
2) GENERAL:
a) BACKGROUND APP REFRESH.
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.
3) iTUNES & APP STORE
a) AUTOMATIC DOWNLOADS
b) USE CELLULAR DATA.
4) NEWS ( ini pilihan anda)
a) BACKGROUND APP REFRESH
b) CELLULAR DATA
5) MUSIC ( ini pilihan anda)
a) CELLULAR DATA
6) VIDEOS( ini pilihan anda)
a) CELLULAR DATA
7) iBOOKS ( ini pilihan anda)
a) CELLULAR DATA
8) PODCASTS ( ini pilihan anda)
a) BACKGROUND APP REFRESH
b) CELLULAR DATA
9) iCLOUD ( ini pilihan anda)
Matikan aplikasi iPhone yang anda fikir tidak diperlukan.

Untuk info lebih lanjut sila klik disini.

Android:
Sila lakukan perkara berikut di smartphone anda untuk mengawal data internet:
1. Matikan Auto-update Apps. Tekan ikon Google Play > Menu > Setting > Auto-update Apps > Auto-update apps over Wifi only.
2. Matikan butang Smart Network Switch. Pergi ke Setting > Wifi > More > Smart Network Switch > off butang. 
3. Matikan semua Background Data. Pergi ke setiap Apps dan matikan butang ini.
4. Tetapkan limit penggunaan data. Anda boleh menetapkan penggunaan data dimana anda akan menerima amaran/peringatan sekiranya sampai ke limit tersebut. 
Settings > Wireless & Networks > Data Usage
5. Matikan ' Notifications' didalam setiap aplikasi telefon sekiranya ada. 
6. Tukar mode rangkaian daripada 4G kepada 3G. Pergi ke Setting > More Network atau Mobile Network > Preferred Network Mode atau Preferred Network Type > tukar 4G/3G/2G/Auto kepada 3G Only. Setelah menukar mode rangkaian kepada 3G Only ianya juga akan dapat mengatasi masalah panggilan yang diterima masuk ke Peti Simpanan Suara(Voicemail).
7. Cache Google Maps Data
 Jika anda menggunakan Peta Google untuk kegunaa harian atau merancang perjalanan, anda akan menggunakan banyak data. Untuk meminimumkan penggunaan data, anda boleh  anda boleh membuat 'pra-cache' laluan anda. 
Sekiranya perlu untuk anda menggunakan Maps, anda harus ke Wifi > pilih Menu > dan pilih "Offline Areas". 
Dari situ, anda boleh sentuh "Home" untuk memuat turun peta berhampiran rumah anda, atau  pilih " Custom Area"  untuk memuat turun peta untuk mana-mana kawasan lain yang anda akan pergi.
Sekian dahulu dari saya, terima kasih. Harap-harap ianya membantu :) 

Monday, 21 November 2016

1 Tips Kurangkan Berat Badan dan Pipi 'gebu' dengan Cepat



Assalamualaikum.

Post ini lebih kepada pengumuman tentang khasiat Rosbud dan Lemon Dried dari TIA ARIF dalam usaha sesetengah dari kita untuk kekal sihat. Disini aku kongsikan info berguna. Bolehlah nak dikatakan sebagai berkongsi tips kurangkan berat badan dan pipi 'gebu' dengan cepat serta nampak cantik dan kurus...hehehe:



 


siap buat air tu....sluurrrpppp

Khasiat Rosbud:
1) Dikenali sebagai "Woman Flower"
2) Kaya dengan vitamin C
3) Untuk kecantikan dalaman dan luaran
4) Bagus untuk kestabilan hormon
5) Dapat mengatasi senggugut dan haid tersekat 
6) Melegakan stress dan sakit kepala

Khasiat Lemon Dried:
1) Mencairkan lemak degil seperti dibahagian perut dan peha
2) Merawat dan mengurangkan masalah kulit
3) Agen DETOX terbaik!!!


Berikut adalah gambar-gambar testimoni untuk tatapan korang tentang tips kurangkan berat badan ni..lebih kurang nak cantik dan kurus jugakla kan..hehehe













Ehh...ade special promotion?? Nak tanya sapa ek?? Tak payah susah hati...korang masuk je fb Tia Arif ni.. atau hubungi nombor ini: 0177497896..semua soalan bakal terjawab....:)


Sekian dulu dari aku tentang TIPS KURANGKAN BERAT BADAN..jumpa lagi ...tata..:)


P/s: aku sendiri dah cuba amalkan tapi mungkin efeknya lambat sket...bila dah dapat bentuk ideal, aku letak jugak gambar kat sini...hheheheh:)